Insiden pembunuhan seorang lelaki di Stesen Minyak di Taman Pelangi Johor Bahru Ahad lalu dipercayai akibat hutang peredaran dadah antara individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan awal terhadap kesemua suspek yang ditahan.

Menurutnya, setakat ini, polis telah menahan 14 suspek iaitu 10 lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 16 hingga 26 tahun termasuk yang terbaharu seorang lelaki berusia 22 tahun petang semalam di Johor Bahru.

Malah, polis turut memberi jaminan lebih ramai lagi suspek akan ditahan untuk membantu siasatan.

“Kita percaya dengan penangkapan seramai 14 orang ini dapat menyelesaikan kes ini.

“Polis juga mengesan saki baki yang dipercayai terlibat dan telah dikenal pasti,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru.

Tambah Wan Ahmad Najmuddin berkata, setakat ini seramai lapan individu termasuk saksi telah dipanggil polis bagi merekod percakapan serta membantu siasatan.

Pada 20 disember, polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki di pulau pinang, manakala tujuh lagi individu termasuk tiga wanita di tahan di singapura dengan bantuan singapore police force, manakala semalam, polis menahan lagi lima suspek.

Enam daripada 14 suspek telah direman tujuh hari sehingga 27 disember bagi membantu siastan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

BACA: Pasukan khas tangani kes bunuh di stesen minyak

BACA: Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek

BACA: Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru