Keselamatan menjadi perkara paling utama dalam mana-mana sistem pengangkutan awam dan Shinkansen, rangkaian kereta api peluru Jepun, memiliki kelebihan berbanding dengan sistem rel yang lain, menurut seorang pakar pengangkutan Malaysia.
Timbalan Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Shahrin Nasir melahirkan rasa kagum beliau dengan tawaran pakej Jepun yang holistik bagi membida tender antarabangsa cadangan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
"Sejak dari awal pembangunannya pada 1964, Shinkansen telah maju dengan pesat.
"Adalah penting untuk melihat pakej itu secara menyeluruh dan bukan sekadar pemindahan teknologi semata-mata," katanya kepada Bernama.
MyHSR, syarikat penghantaran projek untuk usaha infrastruktur terbesar di Asia Tenggara itu, telah mengumumkan baru-baru ini bahawa enam konsortium dari beberapa buah negara sedang berusaha untuk membida projek yang dianggarkan berkos sekitar RM50 bilion itu.
""Apabila anda menaiki kereta api yang bergerak selaju pesawat, perkara pertama yang anda akan lihat, sudah tentu membabitkan aspek keselamatan.
"Shinkansen mencatatkan sifar kematian selama ini kerana ia mengutamakan keselamatan dalam semua aspek operasi," kata Shahrin.
Beliau juga memberitahu MyHSR sudah pun bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan membabitkan pembangunan masa depan HSR dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lapan universiti pada bulan lepas.
Universiti-Universiti ini akan menjadi hab untuk mengembangkan pemindahan teknologi, terutamanya dari segi inovasi yang diperlukan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengendalikan sistem tersebut.
Shahrin berkata cabaran untuk kelapan-lapan universiti berkenaan adalah bagaimana mereka boleh bekerjasama dan bukan untuk bersaing antara satu sama lain kerana manfaat yang diperolehi adalah lebih jauh dari sekadar kepentingan kepada pelajar dan penyelidik.
"Shinkasen adalah perintis sebenar dalam HSR, yang lain-lain sedang mengejar.
"Jika Jepun boleh tawarkan pakej yang sesuai, saya fikir kerajaan akan tertarik dan Shinkansen mungkin memenangi tender," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 04 2018
Sejak dari awal pembangunannya pada 1964, Shinkansen telah maju dengan pesat. - Gambar fail
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
Keselamatan menjadi perkara paling utama dalam pengangkutan awam, kata pakar
Keselamatan menjadi perkara paling utama dalam mana-mana sistem pengangkutan awam dan Shinkansen rangkaian kereta api peluru Jepun.