Tahap keyakinan rakyat semakin merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu yang mesti ditangani segera.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, sebahagian masyarakat negara ini semakin berpecah-belah dan ianya dibuktikan menerusi kontroversi terbaru melibatkan pengenalan tulisan jawi di sekolah rendah termasuk sekolah vernakular.
Menurutnya, penyebaran berita palsu dan tidak benar juga semakin berleluasa melalui laman sosial sekali gus mendorong masyarakat majmuk di negara ini mempercayai mereka berdepan ancaman kewujudan satu sama lain.
"Kita seolah-olah sudah hilang kepercayaan dalam diri kita sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa.
"Sepatutnya kepelbagaian kaum antara kita perlu dijadikan aset bernilai. Namun kini kita berdepan ketakutan dan kesangsian terhadap satu sama lain di samping kegagalan menyelami nilai murni dan kualiti terbaik terdapat dalam ketamadunan Islam, Cina, India dan barat di negara ini bagi membina sebuah bangsa Malaysia hebat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kit Siang turut mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan kebimbangan rakyat tetapi gagal mengemukakan sebarang cadangan penyelesaian.
Menurutnya, keperluan PH mempromosikan aspek kesederhanaan sangat kritikal terutama dalam menunaikan janji manifesto pilihan raya yang masih tertunggak.
"Malaysia mungkin tidak dapat mencapai Wawasan 2020.
"Tetapi ianya akan menjadi tahun penentuan kepada kerajaan PH di Putrajaya untuk menyusun semula polisi pembangunan negara demi Malaysia!" katanya.
Pada Ogos lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sekolah vernakular diberi pilihan untuk mengajar tulisan jawi kepada pelajar mereka sebagai sebahagian langkah kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah bermula esok.
Susulan itu, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) merancang penganjuran sebuah kongres bagi membantah pelaksanaan itu pada 28 Disember lalu.
Namun, rancangan itu terhalang setelah polis mendapat perintah larangan daripada mahkamah terhadap persidangan pertubuhan-pertubuhan Cina yang dijadualkan berlangsung pada tarikh berkenaan.
PH menang mengejut terhadap BN pada PRU14, namun kemenangan itu diselubungi kekecewaan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan itu menunaikan janji reformasi pentadbiran kerajaan di samping masalah dalaman berterusan dalam kalangan parti-parti dalam kerajaan.
Sinar Harian
Tue Dec 31 2019
Pakatan Harapan harus segera tangani krisis keyakinan rakyat, tegas Lim Kit Siang. - Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Keyakinan rakyat merosot, PH perlu tangani segera: Kit Siang
Tahap keyakinan rakyat semakin merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu yang mesti ditangani segera.