Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pembangkang kerana tidak mengikut konsensus untuk keluar daripada Dewan Rakyat semalam.
Beliau bagaimanapun menyifatkan konsensus berhubung keputusan itu adalah tidak tepat.
"Saya minta maaf sebab tidak ikut konsensus tetapi apabila konsensus itu membuat keputusan yang tidak tepat, saya rasa kita perlu menghormati kepelbagaian dan pendirian.
"Bukan saya sorang, Datuk Seri Anifah pun tak keluar Dewan juga. Kita buat keputusan berdasarkan apa yang kita rasa adalah pendirian yang betul terutama menunjukkan kepada rakyat bahawa kita boleh main peranan sebagai pembangkang yang berwibawa," ujarnya ketika ditemui Astro AWANI di Parlimen di sini hari ini.
Tambah beliau, pembangkang di Dewan Rakyat pada ketika ini perlu mempunyai pendekatan yang lebih profesional dan matang.
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
"Saya rasa kita perlu ada pendekatan baru dalam Parlimen dan politik sebagai pembangkang.
"Kita kena tunjuk kepada rakyat bahawa kita dapat mainkan peranan yang matang yang profesional dalam Dewan Rakyat," ujarnya.
Semalam, Khairy membuat keputusan untuk tidak keluar daripada Dewan Rakyat apabila majoriti Ahli Parlimen Pembangkang bertindak keluar sebagai membantah proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jul 17 2018
Beliau bagaimanapun menyifatkan konsensus berhubung keputusan itu adalah tidak tepat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Bukit Aman ambil alih kes simbah asid Faisal Halim, suspek kedua direman 5 hari
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan sebelum itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.
Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.
Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.
KTM yakin 790 Duke bakal menambah hati peminat
Sempena ulang tahun ke-30, KTM dengan bangganya memperkenalkan slogan baru: “No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Pendidikan, budaya kerja dalam membentuk masa depan ekonomi mampan
Menurut Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari, langkah menyesuaikan sistem pendidikan dan budaya adalah untuk memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi serta mendorong peningkatan keupayaan untuk mengadaptasi setiap arus perubahan yang dinamik.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.