awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang

Luqman Hariz
Luqman Hariz
16/07/2018
02:47 MYT
KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
Selain Anifah, Khairy dilihat keseorangan di blok pembangkang apabila Ahli Parlimen BN dan PAS bertindak keluar Dewan bagi memprotes proses pelantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain keluar dewan bersama ahli parlimen PAS sebagai tanda protes proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Kekecohan timbul apabila usul pelantikan Speaker dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
BACA: "Ini bukan cara kita membantah" - Khairy
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan memanggil "point of order" beberapa kali sewaktu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan prosedur sebelum usul pelantikan Speaker Dewan Rakyat dilakukan.
Ahli #Parlimen pembangkang keluar #DewanRakyat kerana tidak berpuas hati terhadap proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat @501Awani pic.twitter.com/wAaT9lUVIK
— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 16, 2018
Pembangkang dakwa ada 7 fakta yang menjelaskan tidak mungkin notis pelantikan speaker dimasukkan pada atau sebelum 2 Julai @501Awani pic.twitter.com/PNYhBu7v0v
— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 16, 2018
"Kami tidak menolak calon Speaker, tetapi kami menolak cara proses pelantikan speaker berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1) Dewan Rakyat," Takiyuddin, yang mewakili pembangkang di Dewan Rakyat, memberitahu pemberita ketika di luar dewan.
Ahli parlimen pembangkang kemudian dilihat meninggalkan dewan, dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan antara yang dilihat berada di lobi Parlimen kemudian.
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
INFOGRAFIK: Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat ke-9
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Annuar Musa
#Datuk Ariff Yusoff
#Dewan Rakyat
#keluar dewan
#Mahathir Mohamad
#Parlimen
#pembangkang
#Roosme Hamzah
#Tajuddin Abdul Rahman
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan