awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ini bukan cara kita membantah" - Khairy

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
16/07/2018
06:23 MYT
"Ini bukan cara kita membantah" - Khairy
Khairy menjelaskan, beliau tidak bertindak keluar Dewan kerana tidak mahu mencemar imej Barisan Nasional sebagai pembangkang. - Astro AWANI/Shahir Omar
Walaupun majoriti Ahli Parlimen Pembangkang bertindak keluar Dewan atas dasar protes terhadap prosedur pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat itu bukan cara yang sepatutnya untuk nyatakan bantahan.
"Walaupun ada pertikaian berkenaan pelantikan Speaker, namun saya berpendapat itu bukan cara kita nyatakan bantahan.
"Hari ini adalah hari upacara angkat sumpah. Jadi, kita perlu hormati Dewan dan majlis angkat sumpah," kata Khairy ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau, sekiranya bantahan ingin dibuat, ia boleh dibuat ketika perbahasan atau selepas upacara pembukaan esok.
"Kalau bukan esok, boleh juga dilakukan melalui 'Standing Order' pada Rabu. Bagi saya, lebih baik hormati majlis dan tidak buat apa-apa tindakan untuk mencemar imej Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang," katanya.
Namun, Khairy menegaskan beliau hanya bercakap bagi pihak dirinya sahaja.
Apabila ditanya sekiranya beliau risau tentang kemungkinan akan dikenakan tindakan memandangkan Presiden partinya (UMNO) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi keluar dewan, Khairy hanya menjawab beliau tidak pasti tentang perkara tersebut.
"Saya hanya membuat keputusan yang saya rasa betul untuk hormati majlis," kata Khairy.
BACA: KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#Khairy Jamaluddin
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan