Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mahu menjadikan akses capaian internet di negara ini lebih meluas dan menyeluruh seolah-olah sebagai 'hak asasi manusia' bagi setiap rakyat.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya memperoleh keperluan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air bersih kepada semua lapisan rakyat sebagai hak asasi manusia maka keperluan capaian internet kepada rakyat juga perlu sedemikian.
Beliau berkata capaian internet seperti ini bagi memastikan kemudahan internet dapat dinikmati oleh semua golongan termasuk di kawasan luar bandar sekali gus ke arah memperkasa rakyat dengan pelbagai maklumat.
"Kita lihat semua rumah ada bekalan elektik dan air kerana ia hak asasi. Kalau boleh semua rumah juga dibekalkan dengan infrastruktur internet atau jalur lebar.
"Ini kerana ia seharusnya dikategorikan sebagai satu utiliti supaya semua rakyat boleh menikmati manfaat internet," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah, di sini pada Jumaat.
Gobind berkata kementeriannya komited untuk terus memantapkan infrastruktur internet termasuk menggunakan kabel fiber dan teknologi tanpa wayar bagi membolehkan semua kediaman dapat memanfaatkan kemudahan internet dan jalur lebar.
"Bagaimanapun kita juga perlu faham bahawa kabel fiber ini mungkin sampai ke kawasan bandar tetapi tidak di kawasan jauh seperti di luar bandar. Oleh itu kita perlu pastikan bahawa ada gabungan kabel fiber dan teknologi tanpa wayar supaya kawasan luar bandar boleh menikmati kemudahan internet," katanya.
Sehubungan itu, Gobind berkata, kementerian kini sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat telekomunikasi terlibat mengenai cadangan untuk menukar Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) kepada 'National Connectivity Plan' (NCP) bagi mencapai aspirasi tersebut.
Hasil perbincangan dan kajian tentang perkara itu akan dimaklumkan kepada Kabinet selain berharap keputusan dapat dibuat dalam masa terdekat, katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jul 20 2018
GOBIND: Kalau boleh semua rumah juga dibekalkan dengan infrastruktur internet atau jalur lebar. - BERNAMA/Fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.