awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial

Farhana Joni
Farhana Joni
04/06/2021
11:59 MYT
Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
Waktu bekerja yang tidak tetap, produktiviti dan capaian Internet lemah antara cabaran bekerja di rumah (BDR). - Gambar Astro AWANI
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".
#DiariLockdown/ Hari 4 Buat anda yang bekerja dari rumah, apa halangan utama yang anda hadapi sepanjag BDR?
Suasana rumah? Internet? Diganggu luar waktu kerja oleh majikan? Kongsikan bersama kami#AWANInews pic.twitter.com/68YPllu7K9
— Astro AWANI (@501Awani) June 4, 2021
Itu antara soalan dan jawapan yang sering diterima oleh mereka yang perlu bekerja dari rumah (BDR).
Sumber Facebook astroawani
Adakah ia tepat dengan situasi sebenar dialami kebanyakan pekerja yang BDR? Apakah hakikat sebenarnya? Kita ikuti komen-komen daripada beberapa pengguna media sosial dalam #DiariLockdown hari ini.
BACA: BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat
Jelas @mostlymonologue, tempoh waktu bekerja lebih panjang di rumah, berbanding di pejabat.
Kerja dari rumah ni lagi panjang working hours dari kat ofis. Selagi nampak kerja, selagi tu nak buat, tak tenang rasa. Kalau kat ofis, balik dah tak nampak kerja, boleh la rehat dengan aman
— Ain Abdul Rahman (@mostlymonologue) June 4, 2021
@ayah_hannah84 juga meluahkan situasi yang sama apabila terpaksa berdepan dengan kerja di luar waktu pejabat.
Diganggu luar waktu kerja. Tengah malam, awal pagi jam 1 pun ada. Hari Sabtu dan ahad ya.
— Farhan Basir (@ayah_hannah84) June 4, 2021
Begitu juga dengan iQy dan beberapa pengguna YouTube yang memberitahu tempoh bekerja di rumah tidak teratur malah ada yang menyiapkan tugas diamanahkan majikan hingga 18 jam.
Pengguna YouTube memberitahu, tempoh waktu bekerjanya menjadi panjang sejak BDR
Pengguna YouTube memberitahu, tempoh waktu bekerjanya menjadi panjang sejak BDR
Ada juga yang bekerja hingga 18 jam sehari di BDR
Ada juga yang bekerja hingga 18 jam sehari di BDR
Seorang lagi pengguna media sosial memberitahu menerima pesanan mengenai tugasan selepas waktu bekerja
Seorang lagi pengguna media sosial memberitahu menerima pesanan mengenai tugasan selepas waktu bekerja
Bagi Reizat Eizat pula, cabaran utama bekerja di rumah adalah dia menjadi tidak produktif.
Pengguna Facebook, Reizat Eizat memberitahu, dia sering mengantuk apabila BDR
Pengguna Facebook, Reizat Eizat memberitahu, dia sering mengantuk apabila BDR
Mengantuk, antara cabaran dan masalah utama BDR
Mengantuk, antara cabaran dan masalah utama BDR
Bahkan ada juga yang menyatakan bekerja di rumah membuatkan kehidupannya huru-hara.
Bekerja dari rumah turut menyebabkan rutin harian menjadi kelam-kabut.
Bekerja dari rumah turut menyebabkan rutin harian menjadi kelam-kabut.
Bagaimanapun, majoriti pengguna media sosial menzahirkan kekecewaan yang tinggi terhadap kekangan liputan Internet yang gagal mencapai tahap maksimum di rumah.
Rutin menghadap komputer terlalu lama menyebabkan pekerja BDR tertekan dan penat
Rutin menghadap komputer terlalu lama menyebabkan pekerja BDR tertekan dan penat
Pengguna media sosial menggesa supaya capaian internet dipertingkatkan kerana keperluan yang semakin mendesak
Pengguna media sosial menggesa supaya capaian internet dipertingkatkan kerana keperluan yang semakin mendesak
Sikap menjadi mudah marah susulan capaian internet di rumah terlalu perlahan
Sikap menjadi mudah marah susulan capaian internet di rumah terlalu perlahan
Topic Berkaitan
#BDR
#Bekerja Dari Rumah
#WFH
#Capaian internet
#Kekal produktif
#mengantuk
#Bekerja luar waktu pejabat
#tugasan
#majikan
#PKP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan