Bedilan roket ke arah lapangan terbang di Tripoli pada Selasa menggemparkan penduduk tempatan hingga memaksa beberapa penerbangan dilencongkan.

Insiden itu berlaku kurang daripada seminggu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencapai perjanjian damai antara kumpulan bersenjata yang saling bertelagah di ibu negara Libya itu.

Letupan yang boleh didengari mereka yang berada berdekatan dengan Lapangan Terbang Matiga, iaitu satu-satunya lapangan terbang yang berfungsi di Tripoli.

Salah satu roket yang dilancarkan itu dikatakan menyasar ke Laut Mediterranean.

Setakat ini belum ada pihak tampil dan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Meskipun terdapat beberapa orang yang dilaporkan cedera, tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini.

Buat sementara waktu, semua penerbangan yang dijadualkan ke Tripoli akan dialihkan ke Lapangan Terbang Misrata.