Berlaku jalan retak dan mendapan tanah di laluan Lebuhraya Sultan Iskandar (dahulunya Jalan Mahameru) menuju ke Muzium Negara menyebabkan laluan itu menghala ke selatan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 8.00 malam Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju PKPgB Che Shaari Abdullah berkata kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku berikutan kerja-kerja pembaikan jalan berhampiran lokasi tersebut.
"Keluasan tempat kejadian kira-kira 10 kaki (3 meter) x 15 kaki (4.6 meter)... mendapan dan keretakan di laluan paling kiri jalan itu semakin teruk kerana hujan petang tadi dan ia berisiko kepada pengguna jalan raya.
"Kita buat lencongan dari arah Parlimen dan masuk ke pusat bandar bagi kenderaan yang ingin menuju ke arah selatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan kontraktor pembinaan berkenaan dan dipantau sepenuhnya oleh polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Bomba.
"Jalan akan dibuka semula bila ia tidak lagi membahayakan pengguna jalan raya," katanya.
Bernama
Wed Jun 03 2015
Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku berikutan kerja-kerja pembaikan jalan berhampiran lokasi tersebut. -Foto Twitter
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.
[TERKINI] Malaysia mengalu-alukan resolusi UNGA
Malaysia mengalu-alukan penerimaan pakai Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sidang Khas Darurat Kesepuluh yang disambung semula pada 10 Mei 2024.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Sebuah video serangan ke atas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej
Peranti seperti Rabbit AI dan Humane AI Pin didakwa mempunyai kemampuan yang sama tetapi gagal melakukannya dengan pantas atau konsisten.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Lebuhraya Sultan Iskandar ditutup sepenuhnya ekoran jalan retak, mendap
Berlaku jalan retak dan mendapan tanah di laluan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Muzium Negara menyebabkan laluan itu ditutup.