awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuhraya Sultan Iskandar ditutup sepenuhnya ekoran jalan retak, mendap

Bernama
Bernama
03/06/2015
01:55 MYT
Lebuhraya Sultan Iskandar ditutup sepenuhnya ekoran jalan retak, mendap
Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku berikutan kerja-kerja pembaikan jalan berhampiran lokasi tersebut. -Foto Twitter
Berlaku jalan retak dan mendapan tanah di laluan Lebuhraya Sultan Iskandar (dahulunya Jalan Mahameru) menuju ke Muzium Negara menyebabkan laluan itu menghala ke selatan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 8.00 malam Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju PKPgB Che Shaari Abdullah berkata kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku berikutan kerja-kerja pembaikan jalan berhampiran lokasi tersebut.
"Keluasan tempat kejadian kira-kira 10 kaki (3 meter) x 15 kaki (4.6 meter)... mendapan dan keretakan di laluan paling kiri jalan itu semakin teruk kerana hujan petang tadi dan ia berisiko kepada pengguna jalan raya.
"Kita buat lencongan dari arah Parlimen dan masuk ke pusat bandar bagi kenderaan yang ingin menuju ke arah selatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan kontraktor pembinaan berkenaan dan dipantau sepenuhnya oleh polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Bomba.
"Jalan akan dibuka semula bila ia tidak lagi membahayakan pengguna jalan raya," katanya.
Topic Berkaitan
#Jalan Mahameru
#Lebuhraya Sultan Iskandar
#Muzium Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan