Seorang pencinta kucing Muhammad Nor Fiqry Zahari, 38, atau lebih dikenali dengan panggilan Babah Conan akan membuat laporan polis berhubung kematian kucing peliharaan akibat di racun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan, Selasa lalu.

BACA: Pilunya hati, 17 ekor kucing peliharaan mati akibat diracun

Babah Conan berkata, laporan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada kawannya bahawa ada individu telah menghubungi sebuah stesen radio untuk memohon maaf kerana tidak sengaja meracuni haiwan terbabit.

Babah Conan akan membuat laporan polis berhubung kematian kucing peliharaan akibat di racun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan, Selasa lalu.

“Saya tak tahu siapa yang buat panggilan itu, tetapi panggilan suara itu dikongsikan oleh kawan menerusi aplikasi WhatsApp kepada saya. Lelaki tersebut memaklumkan yang dia tidak mengetahui ada kucing di kawasan terbabit.

“Kepala ayam yang mengandungi racun ini mahu diberikan kepada tikus dan anjing yang berkeliaran di kawasan terbabit. Saya nak kesahihan perkara ini supaya tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kini jumlah kucing peliharaannya yang mati akibat diracun telah meningkat kepada 25 ekor.

BACA: Jijik! Pasangan dari Vietnam jual daging anjing di Johor Bahru

BACA: Kucing dibunuh kejam sebelum dijadikan juadah

BACA: Berang cinta ditolak, lelaki hempas anak kucing hingga mati

BACA: Kejamnya! Dua lelaki seret kucing di belakang jip, hentak mati dengan batu

BACA: Siapa gadis MMA yang suka bawa kucing ke gim ni?