Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala rakannya dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh isteri anggota polis tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Asmadi Hussin menjatuhi hukuman itu ke atas A.Nagarujun, 22 tahun, dan rakannya yang berusia 20 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Katanya, lelaki berumur 20 tahun itu dijatuhi hukuman penjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan pemerintah negeri iaitu Sultan kerana tertuduh melakukan kesalahan itu semasa berumur 17 tahun.
Mengikut pertuduhan, Nagarujun dan rakannya didakwa membunuh Izaah Abdullah, 52, antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi di sebuah rumah di Laluan Tanjung 4, Taman Tanjung Emas, Ulu Kinta di Ipoh pada 11 Feb 2015.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz manakala Nagarujun diwakili peguam Datuk Naran Singh manakala rakannya diwakili Ranjit Singh.
Sementara itu, anak mangsa Zulfadhli Sallehuddin, 30, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau berasa lega dan bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini.
"Saya dan bapa telah berpindah ke rumah lain kerana masih terbayang-bayang kenangan bersama arwah ketika di rumah dahulu," kata anak tunggal itu yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Kesihatan Perak.
Bernama
Thu Sep 27 2018
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. - Gambar hiasan
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki dihukum gantung sampai mati bunuh isteri polis
Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala rakannya dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh isteri anggota polis tiga tahun lalu.