KUALA LUMPUR:Polis menahan seorang lelaki tempatan yang bertindak agresif terhadap anggota bomba yang sedang menjalankan tugas memadamkan kebakaran sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku pada 10.40 pagi ketika bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat dengan kemalangan dan suspek datang mengaku sebagai pemilik kereta.
"Suspek meluru ke kawasan kejadian dan mahu menghampiri keretanya namun pegawai bomba yang bertugas memberikan arahan supaya suspek bertenang dan memberikan kerjasama.
"Namun suspek kemudian menjadi agresif dengan meluru ke arah seorang anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota tersebut sebelum ditahan dengan bantuan orang awam di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30an dan bekerja sebagai pengurus acara di Kuala Lumpur.
"Saringan awal suspek positif dadah.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada Jumaat untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis," jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan Siasatan kes kemalangan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.
Afiezy Azaman
Thu Oct 15 2020
Saringan awal mendapati suspek positif dadah. - Gambar ihsan pembaca
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Lelaki ditahan, tumbuk anggota bomba ketika padam kebakaran
Anggota bomba yang sedang menjalankan tugas memadamkan kebakaran sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, pada Khamis.