Lelaki nekad bakar diri meninggal dunia

Lelaki nekad bakar diri meninggal dunia
Lelaki berumur 21 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seri Manjung itu meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 petang. - Gambar hiasan
LUMUT: Lelaki yang cedera parah selepas dikatakan nekad membakar diri sendiri dalam satu kejadian di Sitiawan dekat sini, Selasa lepas, meninggal dunia petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata lelaki berumur 21 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seri Manjung itu meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 petang.

"Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bintang kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa dikatakan bertindak membakar diri sendiri sehingga melecur hampir 90 peratus bahagian badan dipercayai selepas bergaduh dengan teman wanitanya.

-- BERNAMA



Tag: ICU, Hospital, Manjung, meninggal dunia, lelaki, bakar diri, mangsa, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman, Lumut



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.