awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei

Bernama
Bernama
25/04/2024
09:20 MYT
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Model sambilan A. Tamilselvi diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, hari ini. - Foto Bernama
BANTING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya di sebuah unit kediaman di Rimbayu Perennia, Telok Panglima Garang bulan lepas.
Majistret Maslinda Selamat menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan laporan perubatan toksikologi, bedah siasat dan laporan kimia.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khadijah Amir Hamdzah memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan tersebut masih belum dapat disediakan dan memohon tarikh baharu untuk mengemukakan dokumen tersebut.
Peguam P. Vitiya Monisha dan Aniesha De Silva yang mewakili tertuduh A. Tamilselvi turut memaklumkan pihak pembelaan mempunyai beberapa laporan perubatan anak guamnya untuk dikemukakan, namun masih belum mendapat maklum balas daripada hospital.
"Tertuduh juga sudah mendapatkan konsultasi masalah kesihatan dihadapinya dan akan mendapat rawatan di penjara nanti," kata Vitiya Monisha.
Pada 22 Mac lepas, Tamilselvi, 26, didakwa membunuh teman lelakinya, V. Gawsigan, 26, di sebuah unit kediaman Rimbayu Perennia Jalan Flora 3D/6, di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 5.30 pagi, 11 Mac lepas.
Bekas pelajar perubatan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#model sambilan
#bunuh teman lelaki
#Banting
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#tarikh sebutan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan