Bersempena Hari Malaysia, seorang lelaki dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan cuba mencipta nama dalam Malaysian Book of Records (MBR) dengan menunggang motosikal sebelah tangan pada jarak yang paling jauh.
A. Santana Dass, yang hanya mempunyai tangan kiri akan cuba mengembara bersendirian sejauh 5,922 kilometer (km) dari Pulau Pinang pada 16 September ini merentasi Thailand, Myanmar dan Singapura selama 14 hari dengan menunggang motosikal Yamaha R25 yang telah diubah suai.
Santana kehilangan tangan kanannya tiga tahun lepas apabila terlibat motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Macalister, dan dirawat di hospital selama lapan hari.
"Kecacatan tidak akan menghalang saya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Stigma dan persepsi yang tidak betul bahawa orang yang mempunyai kecacatan tidak mahu atau tidak boleh menyertai aktiviti sukan merupakan halangan paling utama yang perlu saya atasi," katanya pada sidang akhbar di sini.
Sungguhpun kehilangan sebelah tangan, Santana berkata kecacatan tidak menghilangkan semangat patriotismenya terhadap negara dan sanggup menghadapi cabaran untuk motivasikan diri serta menunjukkan teladan yang baik kapada orang lain.
Beliau merancang menunjukkan kecintaan terhadap negara dengan meliputi motosikalnya dengan bendera Malaysia dan memasang bendera Malaysia yang lebih besar ketika majlis pelancaran nanti.
"Perjalanan paling jauh saya setakat ini ialah dari Pulau Pinang ke Singapura dan telah telah berjaya mencubanya beberapa kali, dan cubaan mencipta rekod baharu ini disokong oleh isteri saya E. Poovaneswari serta empat anak saya," katanya.
Menurut beliau pengubahsuaian terhadap motosikal super 250 itu cuma melibatkan pemindahan pendikit dari kanan ke kiri dan sehingga kini masih belum ada rekod yang dicipta bagi perjalanan jarak jauh motosikal sebelah tangan dalam MBR mahupun Guinness World Record.
Sementara itu beliau berharap permohonannya bagi pengiktirafan Guinness World Record yang beliau hantar pada 7 Ogos akan diterima sebelum sebelum Hari Malaysia, serta memperolehi penaja bagi cubaannya mencipta rekord.
Beliau menjelaskan sekira permohonan untuk Guinness World Record diterima sebelum 16 September beliau boleh mencipta nama secara serentak.
Beliau berkata keseluruhan perbelanjaan bagi pengembaraanya itu dianggarkan RM27,000 termasuk petrol, penginapan, bahan promosi serta yuran penyertaan bagi MBR (RM1,810) dan Guinness World Records (RM4,100).
"Saya telah menghantar surat kepada Yamaha dan organisasi lain untuk mendapatkan penajaan namun masih ada jawapan. Setakat ini penaja saya ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Uban A. Kumaresan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018
SANTANA: Kecacatan tidak akan menghalang saya untuk mencuba sesuatu yang baharu. - Twitter @bernamadotcom
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Lelaki OKU cuba cipta rekod tunggang motosikal sebelah tangan
A. Santana Dass cuba mengembara bersendirian sejauh 5,922km dari Pulau Pinang pada 16 September ini merentasi Thailand, Myanmar dan Singapura.