awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 mayat ditemukan selepas letupan kilang makanan di tengah Greece
Tiada LRA ditutup susulan pencemaran air di Sungai Sayong - Exco
Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegarkan Gansu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemas Teluk Bidara: Mayat pelajar lemas, Muhamad Luqman ditemui

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/01/2020
05:31 MYT
Lemas Teluk Bidara: Mayat pelajar lemas, Muhamad Luqman ditemui
Mayat Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed ditemui sekitar jam 12.17 tengahari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui. - Foto Astro AWANI
Mayat ketiga pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun telah ditemui pada Ahad.
Mayat Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed, 21, ditemui sekitar jam 12.17 tengah hari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui.
Penemuan mayat ketiga itu kurang satu jam daripada penemuan mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang dikesan kira-kira jam 11.35 pagi oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian di laut.
Kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
BACA: Mayat kedua pelajar politeknik ditemui
BACA: 'Rest time' status terakhir Amir sebelum tenggelam
BACA: Kami cuba bantu dengan campakkan pelampung, tetapi... - Rakan mangsa hilang di Pantai Teluk Bidara
Kira-kira jam 7.30 pagi tadi, mayat Muhammad Zul Fahmi Zuki turut ditemui terdampar.
Mayat mangsa dikesan terdampar di Pantai Teluk Lipat, kira-kira lapan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari satu lagi mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Amur Izzudin Zulkiflee.
Pada Jumaat kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara.
Topic Berkaitan
#hilang
#lemas
#mayat
#Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed
#Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan
#operasi
#pelajar
#Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan