Polis mengklasifikasikan kes serang dan tetak yang bermotifkan samun ke atas seorang anggota polis di Taman Desa Aman di sini pada 15 Mei lepas sebagai selesai apabila kelima-lima suspek ditahan.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata kesemua suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan adalah warga tempatan yang berumur antara 18 dan 27 tahun itu ditahan di Pengkalan Hulu, Sungai Petani dan Negeri Sembilan pada 17 Mei.
"Kesemua suspek lelaki berasal dari Pengkalan Hulu, Perak manakala suspek perempuan dari Kuala Ketil, Kedah. Tangkapan itu turut menolak dakwaan mengatakan serangan dilakukan oleh warga Myanmar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini.
Katanya hasil siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan narkotik dan memiliki barangan curi.
"Kami juga percaya, ketika serangan dilakukan ke atas anggota polis dari Pondok Polis Labu Besar yang berusia 50 tahun itu, suspek utama berada bawah pengaruh dadah," katanya.
Ahmad Nasir berkata hasil tangkapan tersebut membawa kepada penemuan beberapa bahan bukti termasuk sebilah pisau berukuran 50 sentimeter panjang yang dipercayai digunakan semasa kegiatan samun, telefon bimbit, beg sandang milik mangsa dan sebuah kereta jenis Gen-2.
"Kami juga masih menyiasat sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan jenayah samun di tempat lain," katanya.
Mereka kini direman hingga 24 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Dalam kejadian pada 12.10 tengah malam itu, Koperal Fauzi Nayan mengalami kecederaan pada kepala, leher, lengan dan pipi akibat diserang sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 22 2018
Ahmad Nasir (dua, kanan) menunjukkan senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes serang dan tetak di Taman Desa Aman pada 15 Mei lalu pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini. --fotoBERNAMA
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Polis tahan lelaki terlibat serangan bersenjata di Kulim
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Bagan, Padang Serai, Kulim, awal pagi tadi, kerana disyaki terbabit dalam serangan bersenjata.
Lima suspek warga tempatan samun polis ditahan
Kesemua suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan adalah warga tempatan yang berumur antara 18 dan 27 tahun itu ditahan di Pengkalan Hulu, Sungai Petani dan Negeri Sembilan pada 17 Mei.
Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut
Akibat rempuhan, Dinesh terperosok di bawah lori manakala ibunya Vannie melambung ke bahu jalan kira-kira 5 meter sebelum terjatuh di hadapan lori tersebut.