Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar satu peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengkaji semula fatwa dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri itu.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof memberikan kebenaran kepada SIS untuk meneruskan tindakan perundangannya di Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.
SIS memohon kebenaran itu untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak sah.
Seksyen 66A menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah Enakmen ini.
SIS memfailkan permohonan itu pada Januari lepas dan menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Pada 27 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah sambil menambah bahawa isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-Undang Syariah dan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Beliau berkata Seksyen 66A adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
Selepas Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan itu, peguam SIS Forum iaitu A. Surendra Ananth memaklumkan media bahawa mereka mempunyai tempoh selama dua minggu untuk memfailkan petisyen manakala kerajaan negeri diberikan masa dua minggu untuk memfailkan pembelaan.
Beliau berkata rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman pertubuhan itu belum selesai di Mahkamah Rayuan.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam Fahri Azzat yang mewakili SIS manakala Kerajaan Negeri Selangor diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib @ Hamid.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020
SIS memohon kebenaran itu untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak sah. -Gambar fail
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.