Majoriti rakyat negara ini dibebani hutang kerana perbelanjaan tidak terkawal sehingga dibelenggu kesempitan hidup, demikian menurut kaji selidik oleh Universiti Malaya.
Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial universiti berkenaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Norma Mansor berkata, kaji selidik selama setahun itu mendapati perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan membawa kepada masalah hutang.
"Kita ada data menunjukkan ramai rakyat negara ini yang berhutang. Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah cukup tinggi iaitu 80 peratus," katanya dalam program temu bual 'Upsound' terbitan Bernama News Channel (Astro 502).
Menurutnya, pihaknya dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerbitkan buku panduan 'Belanjawanku 2019' sebagai mendidik pengguna dalam membentuk disiplin menguruskan kewangan dan perbelanjaan khusus untuk penduduk Lembah Klang.
Beliau berkata buku panduan tersebut tidak sekadar mengambil kira latar belakang kewangan atau gaji bulanan individu, malah ia boleh dijadikan panduan kepada perbelanjaan bersesuaian mengikut enam kategori yang ditetapkan.
Kategori tersebut ialah bagi anggaran perberlanjaan golongan bujang iaitu RM1,870 bagi yang menggunakan pengangkutan awam, RM2,490 bagi bujang yang mempunyai kenderaan dan RM4,420 bagi pasangan suami isteri yang belum ada rezeki anak.
Katanya, bagi pasangan yang mempunyai seorang anak, perbelanjaan bulanan yang dicadangkan adalah RM5,730, manakala RM6,620 dicadangkan bagi mereka yang mempunyai dua anak, manakala cadangan perbelanjaan bagi warga emas pula, adalah RM3,090 sebulan.
Perbelanjaan ini merangkumi 10 perkara iaitu Makanan, Rumah, Kenderaan, Penjagaan Kesihatan, Penjagaan Diri, Utiliti, Perbelanjaan Tahunan, Perbelanjaan mengikut Budi Bicara, Penyertaan Sosial serta Penjagaan kanak-kanak, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2019
DR NORMA: Kita ada data menunjukkan ramai rakyat negara ini yang berhutang. - Foto BERNAMA
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Majoriti rakyat Malaysia dibebani hutang, kata penyelidik
Majoriti rakyat negara ini dibebani hutang kerana perbelanjaan tidak terkawal sehingga dibelenggu kesempitan hidup, demikian menurut kaji selidik oleh Universiti Malaya.