Bermula tahun ini, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang terpilih sebagai perintis bagi program Pra-Pelepasan Haji yang akan dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dalam kenyataan berkata, melalui inisatif tersebut pengambilan cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan dilaksanakan di KLIA dan data tersebut akan disalurkan ke pangkalan sistem haji Arab Saudi.
"Objektif utama inisiatif ini adalah untuk mempermudah dan mempercepatkan proses kemasukan jemaah haji di King Abdulaziz International Airport Jeddah sekaligus menambahbaik prosedur sedia ada bagi menghadapi bilangan kemasukan jemaah haji yang tinggi di Arab Saudi," katanya.
Katanya, perbincangan mengenai inisiatif itu berlangsung pada Isnin di Jabatan Imigresen Malaysia dipengerusikan beliau dan Mejar Jeneral Mubarak Almuwina dari Supreme Hajj Committee Arab Saudi.
Antara yang hadir adalah delegasi dari Kerajaan Arab Saudi, wakil-wakil Lembaga Tabung Haji, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Malaysia Airports Holdings Berhad dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
Dalam pertemuan ini, kata Mustafar, kerajaan Arab Saudi memaklumkan mengenai pelaksanaan "Proof of Concept" (POC) sistem pemeriksaan awal bagi jemaah haji bermula tahun ini dengan jangkaan seramai 36,480 jemaah haji dan 88 buah kapal terbang akan terlibat dengan inisiatif berkenaan.
"Antara kelebihan inisiatif ini adalah mempercepatkan jemaah dari segi masa menunggu pelepasan di KLIA dan ketibaan di Jeddah di mana sistem haji di Jeddah dapat mengakses dan mengesahkan maklumat cap jari, visa, rekod kesihatan dan maklumat agen yang berdaftar.
"Selain itu Kedutaan Arab Saudi juga menjanjikan kemudahan penghantaran bagasi ke tempat penginapan jemaah haji bila mereka tidak perlu lagi menunggu bagasi di lapangan terbang sebaliknya boleh terus ke tempat penginapan masing-masing," katanya.
Mustafar berkata kemudahan tersebut bagaimanapun tertakluk hanya kepada jemaah haji yang menggunakan program Muassasah dan melalui KLIA sahaja yang menaiki penerbangan khas ke Jeddah.
"Sistem Pra-Pelepasan Jemaah Haji ini pernah diujicuba melibatkan seramai lebih kurang 1,650 orang jemaah pada tahun lepas dan kerajaan Malaysia berharap agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
Sistem Pra-Pelepasan Jemaah Haji ini pernah diujicuba melibatkan seramai lebih kurang 1,650 orang jemaah pada tahun lepas. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
IDN: Kerajaan tidak berhasrat ambil cap jari - Fahmi
Banyak kandungan di media sosial yang tidak tepat disebarkan, menyatakan kononnya kerajaan akan ambil cap jari menerusi pembangunan IDN.
Lima fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
Ramai saintis sebenarnya terpegun dengan ketepatan Al-Quran dalam mencatatkan fakta sains walaupun ia adalah kalam yang begitu jauh daripada teknologi sains ketika itu.
Polis buru lelaki pancing duit tabung masjid
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, kejadian itu hanya disedari siak masjid pada 7.30 malam apabila dimaklumkan wang tabung di ruang solat wanita hilang.
Sistem biometrik saring pekerja asing dijangka akhir tahun ini
Hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai padanan cap jari biometrik dalam pangkalan data MYIMMS saja boleh meneruskan pemeriksaan Fomema.
Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepasan jemaah haji
Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatkan 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.
Malaysia pertama dipilih untuk program Pra-Pelepasan Haji mulai tahun ini
Pengambilan cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan dilaksanakan di KLIA dan data tersebut akan disalurkan ke pangkalan sistem haji Arab Saudi.