awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepasan jemaah haji

Bernama
Bernama
08/05/2018
06:11 MYT
Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepasan jemaah haji
Sebagai pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports turut berasa gembira kerana Malaysia terpilih sebagai negara pertama dunia yang akan menggunakan sistem itu.
Malaysia Airports sedia memberi sepenuh kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaan sistem prapelepasan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diumumkan Jabatan Imigresen Malaysia semalam.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatkan 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.
"Kami amat menyambut baik pelaksanaan sistem pengurusan yang sistematik dan pantas ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengakui musim haji merupakan antara musim tersibuk di lapangan terbang, beliau berkata pengurusan penumpang juga perlu diutamakan selain pengurusan kemudahan di lapangan terbang.
"Sebagai pengendali lapangan terbang, kami turut berasa gembira kerana Malaysia terpilih sebagai negara pertama dunia yang akan menggunakan sistem itu," katanya.
Inisiatif itu membolehkan KLIA dilihat sebagai hab serantau yang memberi pengalaman baharu yang memudahkan urusan, selesa dan menjimatkan masa terutama kepada jemaah haji yang berumur, katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata melalui inisiatif itu, pengambilan cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan dilaksanakan di KLIA dan data berkenaan akan disalurkan ke pangkalan sistem haji Arab Saudi.
Malaysia adalah negara pertama di dunia terpilih sebagai perintis program ini dan perbincangan mengenai inisiatif itu dipengerusikan oleh Mustafar dan Jawatankuasa Agung Haji Arab Saudi, Mejar Jeneral Mubarak Almuwina di Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Badlisham Ghazali
#cap jari
#Haji
#Imigresen
#jemaah haji
#KLIA
#Malaysia Airports
#Mustafar Ali
#sistem prapelepasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan