MALAYSIA
Masih belum terbukti 17 pertuduhan ke atas Rosmah berkait 1MDB - Peguam Rosmah

kesemua 17 pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi hari ini langsung tidak menyebut 1MDB. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kesemua tuduhan yang dikenakan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor masih belum dibuktikan ada kena mengena dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad, kata peguamnya Datuk K Kumaraendran.
Katanya lagi, ia berbeza dengan laporan media yang sebelum ini mengatakan kesemua pertuduhan ke atas isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan syarikat itu.
Beliau berkata, kesemua 17 pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi hari ini langsung tidak menyebut 1MDB.
Sementara itu, seorang lagi peguam, Datuk Geethan Ram Vincent berkata, dakwaan bahawa Rosmah cuba mempengaruhi saksi pendakwaraya tidak berasas sama sekali.
“Satu laporan polis dibuat mendakwa Datin Seri Rosmah ada berjumpa dengan saksi. Bagaimanapun laporan itu baru dikemukakan hari ini, tiada siasatan dijalankan, dan ia sama sekali tidak berasas,” katanya kepada sidang media.
Ujarnya lagi, perbicaraan ini merupakan peluang terbaik untuk Rosmah bersihkan namanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami