Aktiviti bom ikan yang meragut tiga nyawa pada Jumaat lalu merupakan kejadian luar biasa di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Kenyataan Salahuddin itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak termasuk jurulatih selam yang mendakwa aktiviti mudah meraih untung itu telah berleluasa di Sabah.

“Ia luar biasa masa kini, tapi masih berlaku. Seperti saya katakan, kita tunggu laporan rasmi daripada pihak polis,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

BACA: Tiga maut dipercayai terkena bom ikan semasa aktiviti menyelam

VIDEO: Tiga ditahan terlibat aktiviti bom ikan

BACA: Perlu hukuman berat bagi nelayan guna bom ikan - Shafie

Pada Sabtu, polis Sabah mengesyaki kematian tiga individu termasuk dua pelancong China di Pulau Kulapuan, Semporna disebabkan terkena bom ikan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk menahan dua individu bagi membantu siasatan.