Kerajaan negeri Melaka sedang meneliti semula perjanjian air dengan kerajaan negeri Johor bagi mendapatkan kelulusan tambahan kapasiti pembelian air mentah dari Sungai Muar.
Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali berkata langkah tersebut sebagai penambahbaikan jangka masa panjang bagi mengelak negeri itu terus bergelut dengan krisis gangguan bekalan air bersih.
Beliau berkata setakat ini Melaka kekal mengepam 220 juta liter sehari dari Sungai Muar melalui Rumah Pam Grisek bagi menampung penggunaan pengguna di negeri itu.
"Saya berjumpa dengan MB, banyak perkara terutama dalam penambahbaikan dalam perjanjian yang ada supaya air dalam negeri Melaka dapat berterusan selain daripada langkah jangka panjang dan jangka pendek yang sedang dilaksanakan.
"Rancangan kita, selepas ini, kekuatan negeri Johor untuk membantu, dan kita juga berbincang bagaimana kemajuan negeri Johor itu boleh kita manfaatkan di negeri Melaka," kata Sulaiman.
Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri juga mengambil inisiatif melakukan persediaan awal dengan mengamalkan penjimatan sumber air bagi menghadapi gelombang kedua musim panas dan kering di negeri itu yang dijangka pada September dan Oktober.
Ujarnya, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) serta Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri juga sudah diarah memulakan langkah terbabit bagi mengelakkan kejadian kekurangan bekalan air di negeri itu berulang.
Beliau berkata demikian selepas meninjau suasana hari pertama pembukaan semula persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh, hari ini.
Terdahulu, awal tahun lalu, Melaka terpaksa melaksanakan catuan bekalan air secara harian dengan menutup 87 injap air dan menjejaskan 550,673 orang iaitu 62.8 peratus pengguna di ketiga-tiga daerah di negeri itu.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jun 24 2020
Sulaiman berkata langkah tersebut sebagai penambahbaikan jangka masa panjang bagi mengelak negeri itu terus bergelut dengan krisis gangguan bekalan air bersih. -Gambar fail
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Melaka teliti semula perjanjian air dengan Johor
Langkah tersebut sebagai penambahbaikan jangka masa panjang bagi mengelak negeri itu terus bergelut dengan krisis gangguan bekalan air bersih.