Misteri pokok petai yang mengeluarkan air pada waktu malam Kampung Petani, Kota Bharu, Kelantan yang mencetus fenomena berlaku berpunca daripada serangga yang dikenali sebagai Cicada atau Riang-riang yang kencing setelah menghisap lebihan air dari pokok tersebut.
Menurut Ahli Zoologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Abdul Hamid Ahmad, sesetengah spesis Cicada hinggap di dahan-dahan pokok dan akan menghisap cairan zat makanana daripada pokok tu menggunakan mucungnya.
“Namun, kandungan karbohidrat dalam cairan pokok itu sangat sedikit dan ini menyebabkan serangga itu menghisap lebih banyak cecair lalu mengeluarkan lebihan cecair itu menerusi saluran pencernaan,” kata Dr Abdul Hamid kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebingungan penduduk di Kampung Petani, Sering sejak dua minggu lalu apabila sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam.
Berikutan fenomena itu, penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan.
Bahkan, ada pengunjung yang menjadikan air dedaun petai ini untuk dijadikan ubat.
Kata Dr Abdul Hamid, serangga berkenaan hidup secara berkumpulan dan apabila sekumpulan serangga Riang-riang ini membuang lebihan cairan zat yang dihisap, ia akan kelihatan seperti hujan.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, fahaman yang tidak benar seperti menjadikan air itu sebagai ubat penawar perlu dihentikan kerana ianya merupakan fenomena alam semula jadi.
“Kita perlu elakkan orang awam daripada fahaman yang tidak betul seperti menjadikan air tersebut sebagai ubat dan sebagainya. Malah, saya rasa media perlu memainkan peranan penting untuk memberitahu orang awam ini merupakan fenomena yang perlu kita perhati dan kita fahami,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Dr Abdul Hamid berkata, sekalipun air yang diminum itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat, namun orang ramai dinasihatkan mengelak kerana kerana cecair itu berpunca daripada air kencing Cicada.
“Cecair itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat bagi mereka yang meminumnya. Cecair itu boleh dikategorikan sebagai air kencing kerana ia datang dari sistem pencernaan serangga itu.
"Tetapi, ia merupakan serangga tidak seperti kita (mamalia). Serangga itu cuma menghisap zat makanan dari tumbuhan. Jika cecair itu diminum, saya rasa ia tidak mendatangkan masalah,” ujarnya lagi.
BACA: Fenomena ganjil pokok petai 'menangis' seperti air hujan
BACA: Kerana sekotak petai, ramai nak buat Farahdhiya jadi calon menantu
BACA: Lelaki patah tulang rusuk dibelasah kerana petai
Sementara itu, Dr Abdul Hamid berkata, sekalipun air yang diminum itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat, namun orang ramai dinasihatkan mengelak kerana kerana cecair itu berpunca daripada air kencing Cicada.
“Cecair itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat bagi mereka yang meminumnya. Cecair itu boleh dikategorikan sebagai air kencing kerana ia datang dari sistem pencernaan serangga itu.
"Tetapi, ia merupakan serangga tidak seperti kita (mamalia). Serangga itu cuma menghisap zat makanan dari tumbuhan. Jika cecair itu diminum, saya rasa ia tidak mendatangkan masalah,” ujarnya lagi.
Afiq Ariffin
Tue Jan 29 2019
RAMAI pengunjung menadah air dari dedaun petai itu untuk dijadikan ubat. - Gambar Astro AWANI
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur makhluk ini bakal menetas
Penetasan riang-riang yang dipanggil Brood X itu, bakal terjadi apabila tanah musim bunga yang semakin hangat mencapai paras suhu tertentu.
Misteri pokok petai menangis terjawab, penduduk tadah air kencing serangga
Misteri pokok petai yang mengeluarkan air pada waktu malam kini terjawab apabila seorang ahli zoologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberikan pencerahan mengenai fenomena itu.