awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Ariff jamin jadi Speaker bebas daripada pengaruh luar

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
16/07/2018
04:00 MYT
Mohamad Ariff jamin jadi Speaker bebas daripada pengaruh luar
Mohamad Ariff mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kesembilan hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berjanji untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan ke atasnya dengan sepenuh hati dan bebas daripada pengaruh luar.
"Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya akan berusaha untuk melaksanakan tugas saya dengan sepenuh hati dan bebas daripada pengaruh luar untuk memelihara martabat dan maruah Dewan yang mulia ini," kata beliau.
Mohamad Ariff turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas perlantikannya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
"Dewan Rakyat ini mempunyai kedudukan yang tertinggi untuk menentukan undang-undang negara yang bertujuan untuk memberi manfaat terbesar kepada seluruh warganegara Malaysia.
"Persidangan kali ini juga menempa sejarah kerana ini merupakan kali pertama sejak Pilihan Raya Umum ke-14 dan peralihan kuasa yang berlaku kali pertama dalam keadaan yang penuh aman," kata beliau dalam ucapannya.
Pelantikan Mohamad Ariff diusulkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pelantikan tersebut diumumkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah yang menyatakan bahawa pencalonan Mohamad Ariff sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat sudah diterima pada 2 Julai.
BACA: KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
INFOGRAFIK: Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat ke-9
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Mohamad Ariff Md Yusof
#Speaker Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan