MALAYSIA
Musa Aman dipercayai ke luar negara - Laporan

Musa telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah sejurus selepas PRU14 berakhir, namun telah gagal mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Sabah. - BERNAMA/Fail
Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan telah ke luar negara.
Menurut The Star Online, Musa berkemungkinan telah ke Brunei, dan kemudiannya berlepas ke London.
Musa sedang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dimana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya.
Dalam pada itu, Musa juga dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan kes rasuah.
Peguam Musa Zahir Shah enggan mengulas tentang anak guaman beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami