Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah bersiap sedia untuk membawa pulang 80 rakyat Malaysia di Wuhan, China susulan wabak 2019 novel koronavirus di sana.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata keputusan itu dibuat Kabinet pada Rabu, yang memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat di sana memandangkan situasi penyakit itu masih belum melegakan.
Katanya mereka akan dibawa pulang menggunakan pesawat komersial secepat mungkin, namun pengumuman tarikh dan penerbangan yang boleh digunakan hanya dibuat selepas perkara itu dimuktamadkan.
"Pesawat itu juga akan membawa pasukan perubatan dan mereka (yang dibawa pulang) akan diperiksa di China sebelum sekali lagi diperiksa setibanya di Malaysia yang jika perlu, akan dikuarantin untuk beberapa ketika sebelum dilepaskan.
"Buat masa ini, Kementerian Luar sedang berbincang dengan Kementerian Luar China mengenai beberapa perkara sebelum proses membawa keluar dimulakan kerana seperti diketahui kawasan itu sudah ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Indera Mahkota di sini pada Khamis, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung.
LAPOR LANGSUNG: Hati-hati dengan wabak koronavirus!
VIDEO: Koronavirus: 14 warga Hubei, China cuba masuk Malaysia dihantar balik ke negara asal
BACA: Kementerian Pertahanan sedia hantar pesawat ATM bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan
Saifuddin berkata kerajaan China dilihat akan memberikan kerjasama yang baik kepada usaha membawa pulang rakyat Malaysia, seperti dilakukan negara itu kepada Jepun dan beberapa negara yang mahu membawa keluar rakyat mereka.
Beliau menjelaskan rakyat Malaysia di China ialah seramai 35,000 orang dengan di Hubei seramai 115 orang.
"Walaupun terdapat 115 orang di Hubei, namun hanya 80 yang berada di Wuhan kerana mereka yang lain sudah pulang bercuti di Malaysia, selain ada yang bercuti di wilayah lain di China," katanya.
Saifuddin menjelaskan Kedutaan Malaysia di Beijing juga telah membuka bilik operasi 24 jam sejak seminggu yang lalu dan berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di China.
Beliau berkata sebagai tanda solidariti kepada China, Malaysia akan menghantar bantuan 10 juta sarung tangan getah yang diperlukan petugas perubatan di sana.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
SAIFUDDIN: Buat masa ini, Kementerian Luar sedang berbincang dengan Kementerian Luar China mengenai beberapa perkara sebelum proses membawa keluar dimulakan kerana seperti diketahui kawasan itu sudah ditutup. - Gambar fail
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.