MALAYSIA
Najib arah penerbangan ihsan bawa pulang mangsa nahas bas Chiang Mai

Perdana Menteri mengarahkan pesawat C130 dihantar ke Thailand bagi membawa pulang jenazah 13 rakyat Malaysia dalam nahas bas Chiang Mai.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan pesawat tentera C130 dihantar ke Thailand bagi membawa pulang jasad 13 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kemalangan bas di utara Thailand pada Ahad.
Menerusi laman Facebooknya, Najib turut memberitahu bahawa para pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah berada di daerah tempat kejadian bagi menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan.
Perkara yang sama turut disahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui akaun Twitternya, @Zahid_Hamidi.
Seramai 13 daripada 22 rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam nahas bas pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan, semalam.
Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami