Nampak comel, tetapi berbahaya - Pakar beruang matahari

Nampak comel, tetapi berbahaya - Pakar beruang matahari
Kata Wong, beruang matahari atau beruang madu kini berdepan ancaman yang teruk akibat pemburuan haram dan kemusnahan habitat spesies itu. GAMBAR wikipedia.org/Wong_Siew_Te
KUALA LUMPUR: Walaupun beruang matahari kelihatan comel kerana saiznya yang kecil, namun haiwan yang juga dikenali sebagai beruang madu itu boleh mendatangkan risiko kepada pemiliknya dan orang awam.

Demikian ditegaskan Pengasas Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo (BSBCC) Dr Wong Siew Te, yang berpendapat spesies itu tidak sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan memandangkan ia sukar dijinakkan.

“Beruang madu merupakan beruang yang besar kerana beratnya boleh mencecah sehingga 100 kilogram (kg) dan beruang madu yang berada di Kawasan Borneo Sabah pula dianggarkan seberat 80kg.

“Jadi, haiwan ini bahaya untuk dijadikan peliharaan (kerana) semua orang tidak boleh menjinakkan seekor beruang, terutamanya, beruang madu merupakan haiwan jenis karnivor.

"Mereka makan daging,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.

Beruang matahari juga dikenali sebagai beruang madu

Mengulas lanjut, Wong berkata, beruang jenis itu juga memiliki rahang dan cakar yang kuat, yang berkemungkinan boleh menyebabkan ia terlepas daripada jagaan pemiliknya.

“Beruang madu dapat melepaskan diri daripada kurungan yang disediakan pemilik. Jadi, dari segi keselamatan memang kita tidak boleh memeliharanya kerana ia berbahaya.

"Dan sekiranya beruang ini terlepas dan masuk ke rumah jiran, ia mengancam keselamatan orang awam,” tambahnya.


Ujarnya lagi, tindakan pihak tertentu menjadikan beruang matahari sebagai haiwan peliharaan adalah salah di sisi undang-undang kerana ia sebahagian haiwan yang dilindungi.

Katanya, haiwan tersebut kini berdepan ancaman yang teruk akibat pemburuan haram dan kemusnahan habitat spesies itu. 

Ketika ini, hanya terdapat 43 ekor beruang matahari di bawah jagaan BSBCC.

“Oleh kerana manusia mengejar kekayaan, banyak beruang serta hidupan liar telah atau sedang diburu untuk dijual dengan harga yang tinggi, kerana pasaran untuk binatang liar seperti beruang madu masih ada.

“Selain itu, anak-anak haiwan ini akan ditangkap dan dipelihara sebagai haiwan eksotik. Memang memelihara hidupan liar terlindung ini tidak diizinkan dari segi undang-undang.

"Jadi, orang ramai mesti tahu bahawa memelihara binatang-binatang liar yang dilindungi undang-undang adalah haram,” katanya.


BACA: 'Kesian, jumpa tepi jalan' - Wanita beri sebab kurung beruang matahari

BACA:
Ara Johari terpalit tuduhan simpan beruang matahari.... - Ini penjelasan empunya badan

Setakat ini, Wong berkata, tiada statistik yang jelas mengenai jumlah beruang matahari yang wujud di Malaysia. Namun, pihaknya yakin haiwan itu kini berada dalam kuantiti yang rendah.

Ketika ini, hanya terdapat 43 ekor beruang matahari di bawah jagaan BSBCC.


Menjadikan beruang matahari sebagai haiwan peliharaan adalah salah di sisi undang-undang kerana ia sebahagian haiwan yang dilindungi.

BACA: Jiran terkejut beruang 'minta' makanan

BACA: Penyanyi wanita ditahan kerana simpan anak beruang matahari


Pada Jumaat, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang wanita dipercayai penyanyi kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 8 malam.







Tag: Beruang matahari, Beruang madu, Haram, anak beruang, dijinakkan, haiwan karnivor, bahaya, haiwan peliharaan, risiko, keselamatan, ancaman, pemburuan haram, habitat, penyanyi, kondominium, BSBCC, Wong Siew Te, Pusat Konservasi, Borneo



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.