awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir muat naik imej individu penting SPRM

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
09/08/2015
12:49 MYT
Nazir muat naik imej individu penting SPRM
"Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih,- ujar Nazir di laman Instagram..
Datuk Seri Nazir Razak menerusi akaun instagram memuat naik imej empat individu penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Empat individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul; Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.
Imej itu disertakan kapsyen yang menarik perhatian pengikut Instagram adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
"Beberapa lelaki yang baik. Lindungi institusi mereka, SPRM. Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir dalam ulasan instagramnya hari ini.
A few good men. Protect their institution, MACC. Allow & encourage them carry out their duties without fear or favor.
A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on
Aug 9, 2015 at 2:29am PDT
BACA: Nazir muat naik foto 'Last Supper' antara Najib dan Muhyiddin'
BACA: Saya mempertahankan kebebasan bersuara bukan individu - Nazir Razak
BACA: Reaksi Nazir Razak terhadap penggantungan permit The Edge
Sebelum ini, pemindahan dua pegawai kanan SPRM, Bahri dan Rohaizad ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengundang tanya tanya pelbagai pihak.
Muat naik itu menerima pelbagai komen daripada pengikut Instagram Nazir.
Sementara itu, Abu Kassim pula selesai menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sedang dalam cuti sakit.
Tempat beliau dipangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali sehingga Abu Kassim kembali bertugas.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Instagram
#Nazir Razak
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan