awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Nothing2Hide: Najib sedia berdialog dengan NGO

Bernama
Bernama
05/06/2015
11:28 MYT
#Nothing2Hide: Najib sedia berdialog dengan NGO
NAJIB: Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka, perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama. - Gambar fail
"Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata: "Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah kepada kita semua.
"Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka, perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau NajibRazak.com. hari ini.
Najib berkata demikian berikutan pembatalan program dialog antara Perdana Menteri dan NGO bertajuk 'Nothing to Hide' anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) yang telah dirancang diadakan pada 10 pagi ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Sebelum itu, Pejabat Perdana Menteri dalam laman Facebooknya hari ini memaklumkan Najib tidak hadir pada program dialog itu kerana faktor keselamatan atas nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
BACA: #Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan Kronologi #Nothing2Hide: Di sebalik pembatalan Dialog PM bersama NGO #Nothing2Hide: Tiada arahan dari PM batalkan dialog - Khalid
Sementara itu, Khalid pada sidang media petang ini memaklumkan keputusan mengarahkan program itu dibatalkan kerana polis terima maklumat adanya ancaman ketenteraman dan keamanan awam.
Berdasarkan maklumat itu, keputusan membatalkan dialog tersebut dibuat mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah, kata Khalid.
Topic Berkaitan
##nothing2hide
#dialog
#Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan