awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papagomo didakwa di mahkamah hari ini

Bernama
Bernama
27/02/2019
23:30 MYT
Papagomo didakwa di mahkamah hari ini
Papagomo (dua kanan) didakwa di Mahkamah Kajang hari ini kerana dipercayai terlibat dalam insiden mengasari Syed Saddiq di Kajang pada 16 Feb lalu. --fotoBERNAMA
Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo akan didakwa di Mahkamah Kajang hari ini kerana dipercayai terlibat dalam insiden mengasari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdulllah berkata lelaki berusia 36 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan, dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Sebelum ini, pengadu (Syed Saddiq) mendakwa diserang oleh sekumpulan penyokong Barisan Nasional dan telah dicekik oleh Papagomo," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
BACA: Suka hatilah nak caci, tapi serangan fizikal tu dah melampau! - Syed Saddiq
BACA: Isu 'cekak leher': Syed Saddiq enggan tarik balik laporan polis
Anggota Parlimen Muar itu sebelum ini, mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
BACA: Papagomo dibebaskan, polis sahkan salah faham punca insiden serang Syed Saddiq
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#cedera
#cekik
#Kanun Keseksaan
#Mahkamah Kajang
#Majlis Perbandaran Kajang
#Papagomo
#Pemuda UMNO
#penamaan calon
#penyokong
#polis
#PRK Semenyih
#Semenyih
#serang
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Wan Muhammad Azri Wan Deris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan