Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.
"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Faisal berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 7.23 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan di tempat kejadian.
Beliau berkata operasi itu turut menerima bantuan Balai Bomba Kunak, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Jabatan Air, Majlis Perbandaran Tawau serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Salah seorang saksi kejadian, Alias Alimuddin, berkata kebakaran bermula sebaik azan Subuh dilaungkan pada jam 4.41 pagi tadi.
"Kebakaran bermula dari hujung gerai berhampiran dengan pagar masjid bandar...api mula marak dari sebelah pagar masjid dan terus merebak ke gerai lain," katanya.
Kebakaran pagi ini merupakan ketiga dalam masa dua minggu di Tawau selepas kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4, pada 1 Julai lepas dan di Jalan Tawau Lama, Batu 2, Isnin lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2017
Kebakaran bermula dari hujung gerai berhampiran dengan pagar masjid bandar, api mula marak dari sebelah pagar masjid dan terus merebak ke gerai lain. - Astro AWANI TV
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Pasar Gantung dan 12 kedai terbakar di Tawau
Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan lima premis perniagaan.