Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merafak sembah takziah di atas kemangkatan almarhum Tunku Laksamana Johor, Inspektor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

PDRM turut memberi penghormatan terakhir buat almarhum Tunku Abdul Jalil menerusi laman facebook rasmi mereka.

Menurut PDRM, mereka kehilangan seorang pegawai kanan polis dari golongan kerabat diraja yang amat disegani.

Tambah mereka, almarhum yang dilantik sebagai pegawai kanan polis pada 2011 lalu, telah mencatat sejarah menjadi kerabat Diraja Johor yang pertama berkhidmat dalam PDRM setelah menamatkan program latihan asas kepolisan (PLAK) di pusat latihan polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah di sini akibat kanser.

BACA: 'Kepada adikku yang dikasihi ... inilah malam yang paling sukar untuk saya' - TMJ

BACA: "Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza

BACA: 10 fakta berkenaan putera kesayangan Johor, Almarhum Tunku Jalil


BACA: "Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie

FOTO: Tunku Abdul Jalil, damailah Almarhum di sana