awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Agama Segamat urus pengebumian jenazah kanak-kanak malang

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2017
05:20 MYT
Pejabat Agama Segamat urus pengebumian jenazah kanak-kanak malang
Supt Raub Selamat menunjukkan gambar kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemukan mati pada awal pagi Ahad dipercayai didera. - Gambar fail
Proses pengebumian jenazah kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemukan mati di Jalan Ros, di sini, awal pagi Ahad, dipercayai akibat didera, akan diuruskan sepenuhnya oleh Pejabat Agama Islam Daerah Segamat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Raub Selamat berkata, ia berikutan kanak-kanak itu tidak mempunyai ahli keluarga lain selepas ibu dan abangnya, yang merupakan suspek kejadian, berada dalam tahanan reman.
Katanya, mengikut prosedur biasa, jenazah kanak-kanak itu akan dituntut oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diserahkan kepada pihak pejabat agama Islam daerah.
"Kita akan serahkan balik mayat mangsa ke Hospital Segamat untuk diambil oleh JKM. JKM akan serahkan ke Jabatan Agama Islam untuk kebumikan dan uruskan," kata Raub kepada pemberita hari ini.
Bagaimanapun katanya, jenazah hanya akan dituntut selepas selesai proses pengecaman untuk kali kedua oleh ibu mangsa.
BACA: Kanak-kanak 2 tahun mati dipercayai didera, polis tahan ibu dan anak
BACA: Ibu dan abang kanak-kanak mati dipercayai didera direman 7 hari
BACA: Kematian kanak-kanak 2 tahun: 'Mungkin ada unsur penderaan' - Polis
Jenazah itu kini berada di Rumah Mayat Hospital Segamat selepas selesai membuat proses bedah siasat di Hospital Melaka lewat malam tadi
Mengulas lanjut, Raub berkata, selepas kesemua prosedur tuntutan mayat mangsa selesai, jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Berata, Segamat selewat-lewatnya petang ini.
Pada Ahad, kanak-kanak perempuan itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh ibunya di bilik sewa tingkat tiga premis rumah kedai yang disewa keluarga itu, kira-kira pukul 1 pagi.
Wanita berusia 42 tahun itu mendakwa berpesan kepada anak lelakinya berumur 23 tahun, yang dikategorikan sebagai lembam, supaya mengawasi kanak-kanak itu sebelum keluar ke bandar Segamat.
Sebaik pulang, ibu mangsa melihat anak perempuannya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital.
Semalam, kedua-dua suspek terbabit diperintah reman selama tujuh hari sehingga 16 Julai depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lembam
#mangsa
#mayat
#pengebumian
#polis
#Raub Selamat
#Segamat
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan