awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan budaya: 'Dah gilo somacam dongan budayo Facebook ni' - Rais Yatim

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
18/02/2018
06:04 MYT
Pembunuhan budaya: 'Dah gilo somacam dongan budayo Facebook ni' - Rais Yatim
RAIS: Saya tengok hari ini kita sudah boleh dikatakan ditenggelami budaya Facebook, SMS, WhatsApp, Twitter dan lain-lain. - Gambar fail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak diyakini boleh mengatasi sepenuhnya isu kekasaran bahasa mahupun isu palsu di dalam platform media sosial hari ini.
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia hanya boleh diselesaikan dengan strategi pembudayaan semula selain penyusunan semula hal kemanusiaan oleh rakyat bersama kerajaan.
"Saya sangat mengambil berat hal-hal berhubung pembudayaan bangsa kita. Saya tengok hari ini kita sudah boleh dikatakan ditenggelami budaya Facebook, SMS, WhatsApp, Twitter dan lain-lain.
"Bukan orang Islam yang membuat kita jadi berkecamuk sesama kita dalam politik dan tidak beri langsung ruang dalam komunikasi asas sesama kita dan sebagainya.
"Ini bukan soal generasi mana, muda atau tua, ia soal semua sekali. Dah gilo somacam dongan budayo (sudah gila semacam dengan budaya) Facebook ni," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 Rais di dalam catatan Twitternya hari ini mahu rakyat sedar 70 peratus perhubungan kemanusiaan kini ditentukan oleh Facebook, WhatsApp dan Twitter. - Gambar Twitter @DrRaisYatim
Rais di dalam catatan Twitternya hari ini mahu rakyat sedar 70 peratus perhubungan kemanusiaan kini ditentukan oleh Facebook, WhatsApp dan Twitter. - Gambar Twitter @DrRaisYatim
TONTON: SKMM ambil tindakan tegas terhadap penular berita palsu
BACA: Penyebar berita palsu musuh utama negara
Dalam pada itu Rais turut mempersoalkan ke mana perginya nilai Islamiah di dalam komunikasi terbuka hari ini.
"Masyarakat sudah muda berkomunikasi dalam penulisan, telefon dan sebagainya.
"Kita sudah ditakluki oleh satu nilai hidup yang bukan milik sendiri tetapi diterima 100 peratus dalam kehidupan sehari-hari.
"Namun ia baik jika berasaskan kebajikan, tetapi apa yang berlaku kini sebahagian besar bahasanya kasar, pembunuhan budaya sedang berlaku dan orang juga boleh saman malu," katanya.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Rais Yatim
#SKMM
#Twitter
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan