awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM
[TERKINI] Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/01/2020
10:14 MYT
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu berprofil tinggi.
Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berharap pihak polis dapat mempercepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Latheefa, setakat ini beliau berpuas hati dan gembira dengan komitmen polis dalam melengkapkan siasatan berhubung kes berpofil tinggi itu.
“Mereka (polis) sudah selesai mengambil keterangan saya, termasuk Azam (Timbalan Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Mohd Azam Baki) dan lima anggota lain.
"Kami sangat gembira dengan kerjasama polis. Sangat efisyen dan pantas,” katanya dalam sidang media pada Jumaat. BACA: "You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
BACA: "I have this personal request, Your Highness" - Audio rakaman dipercayai antara Najib dan Putera Mahkota UAE
Ditanya sekiranya ada anggota lain akan dipanggil bagi memberi keterangan, Latheefa berkata,beliau akan dimaklumkan oleh pihak polis sekiranya perlu berbuat demikian.
Pada Khamis, SPRM memaklumkan, Latheefa dan enam pegawai lain telah memberi keterangan antara pukul 2.45 petang hingga 6.30 petang.
Keterangan itu diambil berhubung pendedahan SPRM mengenai sembilan set rakaman audio perbualan, melibatkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu berprofil tinggi lain.
Dalam pendedahan itu, SPRM turut menamakan 20 individu yang terbabit dalam isu berhubung 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Dzulkifli Ahmad
#Latheefa Koya
#Najib Razak
#pendedahan audio
#Rosmah Mansor
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan