Petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pulang ke tanah air hari ini menyifatkan pengalaman 44 hari menguruskan jenazah mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines di Belanda adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Abdul Manaf Mat berkata dalam tempoh waktu itu, petugas berhadapan dengan peralihan cuaca panas ke sejuk serta berpuasa selama 19 sehingga 20 jam.
"Semasa menguruskan jenazah, apa yang saya fikirkan hanya untuk menyempurnakan kewajipan fardu kifayah," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Amsterdam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pagi tadi.
Ketibaan Abdul Manaf yang juga Ketua Petugas Jakim bersama tiga yang lain disambut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.
Beliau yang berada di sana sejak 18 Julai lepas bersama sembilan petugas lain, berkata tiada perbezaan bagi menyelesaikan ibadah tersebut namun sedikit janggal kerana lokasi pengurusan jenazah jauh beribu batu di negara orang.
"Di sana, bila ada kematian, urusan jenazah dilakukan di satu tempat yang dikhaskan, tidak seperti di Malaysia, kita uruskan di masjid berhampiran," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata syarikat pengurusan jenazah di Belanda juga tertarik dengan cara petugas melaksanakan pengurusan jenazah dari langkah pertama iaitu proses memandikan, kafan, sembahyang jenazah dan akhir dikebumikan.
Semasa proses pengurusan jenazah, petugas Jakim juga dibantu oleh Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan komuniti Islam di sana.
Seorang petugas wanita, Sitaton Mohd Osman, 56, berkata proses menguruskan jenazah wanita muslim warga tempatan dimudahkan atas doa rakyat Malaysia.
"Setiap jenazah dapat dimandikan dan dikafankan dalam masa antara setengah jam sehingga 45 minit," katanya yang juga Pembantu Hal Ehwal Islam di Bukit Aman.
Sementara itu, Othman berkata seramai empat petugas Jakim termasuk dua wanita yang diketuai Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Hazarudin Baharudin telah berada di Belanda bagi menyambung tanggungjawab menguruskan jenazah.
"Empat petugas ini mungkin akan berada di sana sehingga urusan pengurusan jenazah semua rakyat Malaysia selesai," katanya.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing-777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Mon Sep 01 2014
Othman bersama petugas Jakim yang bertanggungjawab dalam pengurusan jenazah mangsa beragama Islam nahas pesawat MH17 mengaminkan doa yang dibaca oleh Abdul Manaf (dua, kanan) sejurus tiba di KLIA dari Amsterdam hari ini. - fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
PM Najib bentang Bajet 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.
Pengurusan jenazah MH17: Pengalaman yang tidak boleh dilupakan
Dalam tempoh 44 hari di Belanda, petugas-petugas Jakim berhadapan dengan peralihan cuaca panas ke sejuk serta berpuasa selama 19 sehingga 20 jam.