Seorang aktivis sosial hari ini menggesa ahli politik dan penjawat awam supaya bersuara dan mencabar pihak berkuasa sekiranya mereka merasakan wujud 'perkara meragukan' dalam pentadbiran kerajaan.
Presiden International Movement for a Just World, Dr Chandra Muzaffar berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelak berlaku satu lagi malapetaka seperti yang menimpa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila tidak banyak soalan ditanya sebelum ia menjadi masalah.
"Kesetiaan yang tidak perlu dipersoalkan, inilah antara sebab kenapa kita menyaksikan wujudnya keadaan kucar-kacir dalam 1MDB, sebab kita tidak bertanya soalan. Penjawat awam dan ahli politik tidak bertanya soalan. Budaya ini perlu diubah.
"Kita perlu bersedia untuk bertanya soalan dan mencabar jika perlu, bertanya soalan bukan suatu perbuatan yang tidak bersopan... malah, dalam Islam sendiri, bertanya soalan adalah sesuatu yang dianjurkan," katanya pada program bertajuk 'PRU14: Suatu Analisis' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.
Erti sebenar demokrasi boleh dicapai apabila orang ramai, termasuk penjawat awam dan ahli politik, tampil untuk bertanya soalan, bukan semata-mata mengundi lima tahun sekali, katanya.
Sementara itu, pensyarah sains politik UIAM Prof Madya Dr Abdillah Noh berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tidak perlu menunggu lama untuk membuat keputusan tentang dasar yang mereka cadangkan.
"Faktor kepercayaan amat kurang dalam kerajaan sebelum ini dan boleh dikatakan telah hilang, sekarang kepercayaan kembali wujud, maka kerajaan PH perlu memanfaatkan jendela kesempatan ini untuk meneliti dasar yang boleh dipinda atau ditambah baik.
"Saya berpendapat kerajaan tidak patut menunggu terlalu lama sehingga faktor kepercayaan itu lenyap pula," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018
CHANDRA: Penjawat awam dan ahli politik tidak bertanya soalan. Budaya ini perlu diubah!
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.