Seorang penunggang motosikal berumur 52 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam satu kemalangan di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi pada malam Isnin.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Pengusa Bomba Jalan Hang Tuah, L. Logeswaran, kemalangan melibatkan enam buah kereta dan sebuah motosikal.

Jelasnya, jentera tiba di lokasi kejadian pada jam 9 malam.

Pegawai anggota Bulan Sabit Merah (PBSM) memberi rawatan kepada beberapa orang awam yang cedera ringan di dalam kereta.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.47 malam dan seterusnya menghantar jentera Fire Rescue Tender (FRT) BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Pudu.

Operasi diketuai PBK II 8490 Mazuri Bin Mat Zain bersama kekuatan 15 anggota.