Penghibur era 1970-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, kini berada dalam keadaan tidak sedar selepas diserang angin ahmar (strok) buat kali kedua menjelang waktu berbuka puasa semalam.
Menurut isteri beliau, Datin Effa Rizan, pemantauan yang dilakukan doktor mendapati Dahlan diserang strok di sebelah kanan pula.
Sekitar empat tahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu diserang strok kali pertama mengakibatkan lumpuh sebelah kiri.
Menceritakan detik-detik kecemasan itu, Effa berkata pada lewat petang Sabtu, beliau asyik berbual dengan suaminya sebelum Dahlan tiba-tiba senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi.
Effa berusaha mengejutkan Dahlan kerana menyangkakan suaminya mungkin tertidur.
“Bila tidak sedap hati tengok keadaan Abang Dell (panggilan buat Dahlan) begitu, saya terus hubungi ambulans untuk bawa beliau ke Hospital Selayang,” kata Effa kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Ahad.
Memandangkan wad di Hospital Selayang penuh, Dahlan, kata Effa, masih ditempatkan di wad kecemasan hospital berkenaan dan beliau bergilir-gilir dengan anak menjaga suaminya.
Kata Effa, beliau dan anak-anak Natasha Idha, 40, Mohd Danial, 35, dan Athinia Ines, 24, tidak akan putus usaha untuk menjaga Dahlan sekalipun beliau diserang strok buat kali kedua.
“Saya reda dengan apa yang telah Allah aturkan. Dan saya tidak akan jemu menjaga Abang Dell.
"Saya tidak akan putus asa dan akan terus berusaha serta berdoa semoga keadaan Abang Dell kembali pulih,” ujar Effa lagi yang akan menunggu esok untuk mendengar laporan terkini keadaan suaminya daripada doktor pakar.
Saharudin Musthafa
Sun May 26 2019
Dahlan kini dirawat di Hospital Selayang selepas diserang strok kali kedua. -Gambar fail
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Penyanyi era 70-an Dahlan Zainuddin tidak sedarkan diri, diserang strok kali kedua
Effa berusaha mengejutkan Dahlan kerana menyangkakan suaminya mungkin tertidur, tetapi tidak mendapat reaksi.