Anggota polis dan tentera akan ditempatkan di pasar raya untuk memantau pergerakan orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak laporan orang ramai bersesak di kawasan premis untuk membeli barangan keperluan harian.
“Nasihat supaya menjarakkan diri satu meter tidak dilakukan. Mereka bersesak-sesak. Jadi, kita sudah setuju, polis dan tentera akan ditempatkan di pasar raya, dan dibantu pihak berkuasa tempatan.
“Mungkin mereka akan membantu untuk memberikan giliran kepada orang ramai memasuki pasar raya dan sebagainya,” katanya pada satu sidang media di sini.
Terdahulu, Menteri Pertahanan itu mengumumkan seramai 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pihak berkuasa tempatan kini digerakkan untuk membantu memantau pelaksanaan PKP.
“Pada 12 tengah hari ini (22 Mac) akan bermula penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu polis untuk pastikan orang ramai patuh arahan PKP.
“Walaupun terdapat 90 peratus pematuhan, seperti dinyatakan polis, namun sebanyak 10 peratus lagi itu melibatkan kira-kira tiga juta rakyat Malaysia,” kata Ismail Sabri.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang dengan kehadiran tentera di kawasan awam.
Ini kerana, katanya, undang-undang dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan bukan di bawah Akta Darurat atau Akta Majlis Keselamatan Negara.
“Justeru, hanya polis yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan dan melakukan tangkapan, dan bukannya tentera,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, ATM akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan beberapa penugasan seperti sekatan jalan raya, rondaan dan hebahan di kawasan berisiko dan berpopulasi tinggi.
Polis juga akan mewujudkan Pasukan Petugas Khas dengan pihak ATM untuk melihat sekiranya terdapat keperluan penambahan dari segi anggota, dan sebagainya.
BACA: COVID-19: Rakyat jangan bimbang dengan penglibatan ATM - Penganalisis
BACA: Hina polis jalan tugas pantau Perintah Kawalan Pergerakan, lelaki direman empat hari
Selain itu, beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri telah digerakkan.
“Kita berharap pematuhan yang lebih tinggi apabila pelbagai agensi penguatkuasa digerakkan untuk melaksanakan PKP,” ujarnya.
BACA: Panglima Angkatan Tentera nafi nota suara kononnya anggota ATM diberi kuasa pukul orang awam
BACA: COVID-19: Tentera dikerah jika gagal patuh Perintah Kawalan Pergerakan - Ismail Sabri
Afiezy Azaman
Sun Mar 22 2020
Ketua Polis Daerah Sentul ACP S Shanmugamoorthy Chinniah memberi taklimat kepada anggota ATM mengenai penugasan membantu pihak Polis dalam sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. --fotoBERNAMA
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Ordinan Darurat pastikan sistem kesihatan negara tidak runtuh - Muhyiddin
Melalui ordinan tersebut, kerajaan boleh mengguna pakai pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk membantu memerangi pandemik.
Perintah Kawalan Pergerakan: Polis, tentera ditempatkan di pasar raya
Pihaknya menerima banyak laporan orang ramai bersesak untuk membeli barangan keperluan harian di kawasan itu.