Memorandum kerjasama (MoC) bagi Malaysia menghantar pekerja separa mahir ke Jepun masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
"MoC dengan Jepun masih dirangka dan belum dimuktamadkan lagi pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini susulan berita baru-baru ini bahawa Malaysia akan menandatangani MoC dengan Jepun, yang menerima pelbagai respons.
Menjawab kepada kritikan, Kula Segaran berkata adalah tidak adil untuk menghalang rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan yang baik di luar negara dan adalah kurang bijak untuk berfikir bahawa rakyat Malaysia tidak akan mencari pekerjaan di luar negara walaupun perjanjian rasmi tidak tercapai.
"Sekurang-kurangnya dengan perjanjian rasmi, mungkin ada perlindungan dan pemantauan yang lebih baik bagi rakyat Malaysia dan perkembangan mereka juga dapat dipantau," katanya.
Terdapat kira-kira sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, dengan 500,000 daripadanya bekerja di Singapura sahaja, katanya.
Kula Segaran berkata rakyat Malaysia yang bekerja di Jepun bukan sahaja akan mendapat gaji yang baik tetapi juga mendapat pengalaman dalam kemahiran dan teknologi yang kemudiannya dapat membawa balik ke Malaysia apabila mereka pulang.
Rakyat Malaysia juga akan didedahkan kepada tenaga kerja yang sangat profesional di Jepun yang mempunyai standard dan etika tertinggi, katanya.
"Harapannya ialah mereka akan mencontohi etika ini dan mengajar rakyat Malaysia yang lebih muda tentang prinsip yang sama apabila mereka kembali ke negara ini," katanya.
Kula Segaran juga menegaskan bahawa bukan mudah untuk memenuhi syarat bekerja di Jepun kerana hanya mereka yang dinilai oleh kerajaan Jepun sebagai mahir dan cekap berbahasa Jepun akan dipertimbangkan.
"Fikirkan berapa banyak manfaat yang negara kita akan dapat daripadanya seiring dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diaktifkan semula baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata Filipina dan India telah mendapat faedah mengeksport pekerja mereka ke luar negara.
Malaysia, katanya, terpaksa bergerak ke arah yang sama untuk pelaksanaan automasi yang dihasilkan oleh Revolusi Perindustrian 4.0, di mana kebanyakan pekerjaan akan berubah kepada tenaga lebih mahir dan teknikal.
"Selain itu, rakyat Malaysia di luar negara juga biasanya menghantar sejumlah besar wang kepada keluarga atau orang tersayang, yang bermakna lebih banyak pendapatan boleh guna di negara ini," katanya.
"Malaysia Baharu tidak lama lagi akan terdiri daripada tenaga kerja yang sangat mahir dan bergaji tinggi, tetapi sebelum itu kita perlu memberikan kemahiran, kemahiran semula dan meningkatkan kemahiran kita serta meneroka ke bidang baru untuk mempelajari etika kerja yang baik dan meningkatkan produktiviti kita serta mengkaji teknologi mereka supaya Malaysia boleh menikmati manfaatnya juga," katanya
--BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019
KULA SEGARAN: Filipina dan India telah mendapat faedah mengeksport pekerja mereka ke luar negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Perjanjian hantar pekerja Malaysia ke Jepun belum muktamad
M. Kula Segaran berkata adalah tidak adil untuk menghalang rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan yang baik di luar negara.