Pesakit kanser payudara perlu sentiasa diberikan motivasi dan sokongan khususnya daripada ahli keluarga dalam menjalani rawatan dan bukannya disisihkan, kata Pengasas dan Penasihat Kelab Kanser Payudara Kelantan (Kedara) Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi.
Beliau berkata sokongan itu penting agar pesakit tidak berputus asa melawan penyakit, hidup dalam penuh kasih sayang dan dapat 'berjuang' sehingga ke hujung nyawa mereka.
"Matlamat penubuhan Kedara adalah agar pesakit yang menderita kanser dapat mengharungi kehidupan dengan sokongan...kita juga mahu masyarakat sentiasa membantu penghidap kanser agar mereka bermotivasi," katanya ketika berucap pada perasmian kelab itu di sini pada Khamis.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang turut dilantik sebagai Penaung Kedara.
Dr Imi Sairi berkata, sokongan daripada keluarga adalah penting terutama ketika pesakit menjalani rawatan kemoterapi dan pembedahan.
"Yang mendukacitakan, ada kes suami sanggup mengambil keputusan berkahwin lain selepas mendapat tahu isteri menghidap kanser payudara," katanya dan menambah sejak ditubuhkan pada Jun 2019, Kedara mempunyai 122 ahli dan 54 peratus daripadanya adalah penghidap kanser payudara tahap tiga dan empat.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang merasakan diri mereka menghidap penyakit berbahaya itu agar segera membuat pemeriksaan di hospital dan pesakit termuda yang pernah direkodkan Kedara adalah pelajar tadika di Pantai Cahaya Bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 31 2020
Mesin '3D Mammogram Tomosynthesis' digunakan untuk pemeriksaan pesakit kanser payudara bagi peringkat awal. --fotoBERNAMA
Bantuan tunai tidak selesaikan isu bantut - CEO Arba Foundation
Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation, Azlan Shah Nabees Khan berkata bantuan tunai yang diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dilihat tidak berjaya menangani isu bantut dalam kalangan kanak-kanak. Jelasnya, ibu bapa tidak melihat aspek makanan berkualiti sebagai lebih penting berbanding kos-kos asasi hidup yang lain seperti bil air dan elektrik. #DialogPoketRakyat
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal. #DialogPoketRakyat
‘Gaji naik, harga naik pada kadar sama’ ialah tahyul - Ketua Penyelidik DM Analytics
Timbalan Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr. Zouhair Mohd Rosli berkata momokkan yang menyatakan sekiranya gaji naik, maka harga barang akan naik pada kadar yang sama ialah tahyul dan tidak benar. Jelasnya, kenaikan gaji pada hakikatnya akan memberikan manfaat kewangan yang besar kepada golongan berpendapatan rendah. #DialogPoketRakyat
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Pecutan saat akhir, penentu kemenangan
Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung Sabtu ini susulan kematian bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) mungkin berbeza dengan PRK sebelum ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
[TERKINI] 10 pekerja maut, letupan kilang
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu
Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, pertingkat penjagaan gusi
Systema pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan pelancaran inovasi terbaharu berus gigi.
Denda dan usir jika tiada permit
Lupakan niat mahu mengerjakan haji jika tidak ikut saluran betul atau tiada permit kerana kata dua oleh pihak berkuasa Arab Saudi kepada kumpulan ini ialah dikenakan penalti 10,000 Riyal dan diusir apabila tidak patuh dengan peraturan terbaharu mereka.
Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam masa setahun.
Pesakit kanser payudara perlu diberi sokongan - Kedara
Sokongan itu penting agar pesakit tidak berputus asa melawan penyakit, dan hidup dalam penuh kasih sayang.