awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit kanser payudara perlu diberi sokongan - Kedara

Bernama
Bernama
31/01/2020
00:21 MYT
Pesakit kanser payudara perlu diberi sokongan - Kedara
Mesin '3D Mammogram Tomosynthesis' digunakan untuk pemeriksaan pesakit kanser payudara bagi peringkat awal. --fotoBERNAMA
Pesakit kanser payudara perlu sentiasa diberikan motivasi dan sokongan khususnya daripada ahli keluarga dalam menjalani rawatan dan bukannya disisihkan, kata Pengasas dan Penasihat Kelab Kanser Payudara Kelantan (Kedara) Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi.
Beliau berkata sokongan itu penting agar pesakit tidak berputus asa melawan penyakit, hidup dalam penuh kasih sayang dan dapat 'berjuang' sehingga ke hujung nyawa mereka.
"Matlamat penubuhan Kedara adalah agar pesakit yang menderita kanser dapat mengharungi kehidupan dengan sokongan...kita juga mahu masyarakat sentiasa membantu penghidap kanser agar mereka bermotivasi," katanya ketika berucap pada perasmian kelab itu di sini pada Khamis.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang turut dilantik sebagai Penaung Kedara.
Dr Imi Sairi berkata, sokongan daripada keluarga adalah penting terutama ketika pesakit menjalani rawatan kemoterapi dan pembedahan.
"Yang mendukacitakan, ada kes suami sanggup mengambil keputusan berkahwin lain selepas mendapat tahu isteri menghidap kanser payudara," katanya dan menambah sejak ditubuhkan pada Jun 2019, Kedara mempunyai 122 ahli dan 54 peratus daripadanya adalah penghidap kanser payudara tahap tiga dan empat.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang merasakan diri mereka menghidap penyakit berbahaya itu agar segera membuat pemeriksaan di hospital dan pesakit termuda yang pernah direkodkan Kedara adalah pelajar tadika di Pantai Cahaya Bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imi Sairi Ab Hadi
#kanser
#kasih sayang
#kedara
#Kelab Kanser Payudara Kelantan
#kemoterapi
#payudara
#Pembedahan
#sokongan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan