Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak angkatnya, berusia 17 tahun pada 6 Julai lepas.
Tertuduh berumur 64 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.
Lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak angkatnya di sebuah rumah di Bandar Springhill, Rantau kira-kira 9 malam 6 Julai.
Dia dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak tidak menawarkan jaminan, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Joseph Mathews merayu agar ikat jamin rendah diberikan dengan alasan tertuduh menghidap sakit jantung dan kencing manis.
Junaidah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan diperintahkan melapor diri setiap 15 hari bulan di balai polis berhampiran serta menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Junaidah turut mengarahkan tertuduh dan keluarga tertuduh tidak menghampiri dan berkomunikasi dengan mangsa.
Pada 6 Julai lalu, polis menahan lelaki warga emas yang disyaki mencabul anak angkatnya sejak setahun lepas, selepas remaja itu membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata perlakuan sumbang itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolah sebelum dibawa membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019
Lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak angkatnya di sebuah rumah di Bandar Springhill, Rantau kira-kira 9 malam 6 Julai. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.