awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung

Bernama
Bernama
20/08/2020
05:32 MYT
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar 4.40 petang semasa hujan lebat dan angin kencang.
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera, kira-kira 170 kilometer dari sini petang Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar 4.40 petang semasa hujan lebat dan angin kencang.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Siti Zulaikha Rasli, 32, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan Toyota Hilux dan Zaara Aisyah Abdul Rahim yang berada dalam pangkuan ibu angkatnya itu.
Kemalangan juga menyebabkan adik Siti Zulaikha, Mohamad Nur Rasyid, 26, yang memandu kenderaan itu cedera ringan manakala ibu mereka Anizah Maidin, 52, patah bahu kiri.
"Mangsa dipercayai dari rumah mereka di Felda Triang 1, Bera ke Temerloh semasa kenderaan dikatakan hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkannya menggelongsor kira-kira 30 meter sebelum terjunam ke dalam gaung.
Mangsa dan anak angkatnya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bandar 32 di Bera," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anak angkat
#hilang kawalan
#Hospital
#Ibu angkat
#jenazah
#kemalangan
#maut
#pacuan empat roda
#Pahang
#Suri Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan